Monday, October 20, 2025

SEPI SEORANG PERINDU

Sesungguhnya aku betul2 merinduimu bapaku. Setiap saat dan setiap detik aku seringkali teringat dan terkenangkanmu biar masa sihatmu atau masa sakit. Sukar untuk ku lupakan....Semoga Allah cucuri rahmat ke atasmu bapaku. Semoga kau bahagia di sana bertemu dengan isterimu iaitu ibuku juga semua saudara2mu...tidurlah kau dengan aman dan tiada lagi kesakitan yang kau tanggung. Tunggulah aku di sana aku pasti sampai jua....
Selamat tinggal bapa kesayanganku....!!!

Friday, October 3, 2025

07.09.2025 - KEMBALINYA BAPAKU MENGHADAP ALLAH swt.

7.9.25 detik yang teramat sukar untuk ku lupakan. Pada tarikh ini tepat jam 3.30ptg, bapaku kembali kepada Penciptanya. Aku telah menjaga bapaku selama 15tahun. Bapaku sakit dan berada di hospital selama hampir 2 bulan. Tak tahu macamana nak ku gambarkan....namun aku bersyukur perjalanan bapaku buat kali terakhir amat mudah...dia pergi dengan tenangnya.
AlFatihah buat bapa kesayangan ku. Hilang sudah tempat aku bermanja, marah2, merajuk sayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.