Friday, January 16, 2026

APAKAH SALAH DAN DOSAKU

Hari ini 17hb Jan 2026 bersamaan Hari Israk Mikraj adalah hari perkahwinan cucu saudaraku.
Hari ini berkumpullah sanak saudara. Adik bongsuku bersama keluarganya turut berada.

Yang menjadi kemusykilan ku adalah pagi tadi jam 8.00pagi aku ada wassap adiku bertanya samada dia akan hadhir atau tidak sebab aku ingin tumpang kereta, jawapannya dia tak tahu lagi nak pergi atau tidak. 

Pada jam 12.00thari anak sedaraku datang menjemputku untuk ke majlis. Aku perhatikan adikku bersikap sinis ja dengan aku. Waktu dia mahu balik dari majlis, dia tidak bertanya samada aku ingin ikut di balik atau tidak, tapi dia terus keluar dari dewan majli bersma suami dan cucunya. Aku terkapai2 dan tertanya2 apa sebabnya. Tapi aku biarkan saja namun dalam hatiku tertanya2. 

Pertanyaan tanpa jawapan....

Monday, October 20, 2025

SEPI SEORANG PERINDU

Sesungguhnya aku betul2 merinduimu bapaku. Setiap saat dan setiap detik aku seringkali teringat dan terkenangkanmu biar masa sihatmu atau masa sakit. Sukar untuk ku lupakan....Semoga Allah cucuri rahmat ke atasmu bapaku. Semoga kau bahagia di sana bertemu dengan isterimu iaitu ibuku juga semua saudara2mu...tidurlah kau dengan aman dan tiada lagi kesakitan yang kau tanggung. Tunggulah aku di sana aku pasti sampai jua....
Selamat tinggal bapa kesayanganku....!!!

Friday, October 3, 2025

07.09.2025 - KEMBALINYA BAPAKU MENGHADAP ALLAH swt.

7.9.25 detik yang teramat sukar untuk ku lupakan. Pada tarikh ini tepat jam 3.30ptg, bapaku kembali kepada Penciptanya. Aku telah menjaga bapaku selama 15tahun. Bapaku sakit dan berada di hospital selama hampir 2 bulan. Tak tahu macamana nak ku gambarkan....namun aku bersyukur perjalanan bapaku buat kali terakhir amat mudah...dia pergi dengan tenangnya.
AlFatihah buat bapa kesayangan ku. Hilang sudah tempat aku bermanja, marah2, merajuk sayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Thursday, August 7, 2025

SENDU DI JIWAKU

Setelah lama ku tinggalkan panulisan ku di Blog ku, kini ku bermula kembali.
Aku telah melepas jawatanku sudah berbelas tahun. Tujuan ku untuk mengabdikan dan berbakti pada bapaku yang kian uzur.

Adakalanya timbul kerinduan pada alam pekerjaanku...teriingat suka dan duka ku waktu bekerja....semua kenangan masih jelas di mindaku.

Kini usiaku sudah memasuki 66 tahun...ertinya perjalanan hidupku kian singkat...bapaku kian uzur....

Sunday, January 13, 2019

SAYANG SAYANG BAPAKU SAYANG

Sudah lebih dari setahun aku menjadi penganggur terhormat. Kerja aku setiap hari memasak untuk bapaku yang telah uzur, membasuh dan mengemas rumah.

Rupa2nya amat sukar menjaga orang tua yang tidak sihat. Sukar melayan kerenahnya terutama bab-bab makan minumnya. Adakalanya bapaku cerewet. Masak itu tak kena, masak ini pu  tak kena. Nak makan kari ikan bila dimasak tak nak makan pula sanggup keluar beli kari ayam dari kedai mamak.

Ada kalanya tersentuh juga hatiku bila ditengking dan dimarahi.

Aku hanya bersabar selagi boleh.

Sayang sayang bapaku sayang.

Wednesday, November 28, 2018

PENGHUJUNG 5 SERIES

03.10.18 adalah ulang tahun kelahiranku yang ke59. Dah bertambah tua. Sebenarnya setiap detik berlalu usia kita kian bertambah.

Bila tiba usia yang akan memasuki wargaemas, dah tak ada apa-apa yang perlu difikirkan hal dunia. Yang penting terus istiqamah melakukan amal ibadat. Tu pun kekadang terbabas juga.

Aku cuma berharap agar Allah memberi taufik dan hidayah dan memberkati hidupku. Tunjukkan aku jalan yang benar yang diredhaiNya. Aku ingin tebus semua dosa-dosa lampauku. Mula membaca AlQuran... Aku bertekad untuk berubah...pasti aku boleh.

Semuanya dengan izinNya..

Sunday, July 10, 2016

Inikah Ramadhan ku yang terakhir bersamanya.

Ku lihat wajah tua yang telah dimamah usia. Tersentuh hati kecilku melihat keuzuranmu. kedegilanmu kekadang membangkit kemarahanku. Tapi sebagai seorang anak, aku tidak boleh membencinya kerana tanpa dia aku tidak akan ada didunia ini.

Biarlah apa orang lain cuba katakan, aku tetap sayang dan hormatinya, sebab

DIA ADALAH BAPAKU....

Semoga Allah lanjutkan usianya, bukakan pintu taubat utuknya dan tujukkan jalan yan diredhai.

Aamiin!!!